Wednesday, July 25, 2012

HOMEOPATHY VS PERUBATAN MODEN

Sebelum tu nak bagi tau saya bukanlah seorang doktor yang bertauliah untuk cakap pasal benda ni. Ianya hanyalah berdasarkan pendapat peribadi seorang pesakit yang bila sakit akan pergi klinik untuk cari ubat ;p

Pernah dengar Homeopathy? Saya pernah dengar tapi tak pernah nak ambil tau sampailah bila dah jadi ibu..Kenapa? My lil Maya pernah kena selsema dan batuk @ 2 mth..so bila pergi klinik ada satu perasaan yang tak bes sebab rasa ubat2 tu kurang baik untuk dia- meaning seolah2 dia akan consume drugs tapi bukan saya taknak dia sembuh ye.. Sampai saya jumpa kaedah rawatan alternatif iaitu Homeopathy. Apa yang saya faham pasal Homeopathy ni ialah prinsip penyembuhan semula jadi (natural way of healing) dan ubat2 yang digunakan adalah semulajadi- no drugs; contoh madu, habbatus sawda dan pelbagai lagi.. Tapi pada saya kaedah ni sesuai untuk penyakit2 rutin yang biasa kita dapat seperti demam, selsema, batuk dll.

Ramai yang cakap proses penyembuhan menggunakan kaedah Homeopathy ni lambat dari ubatan biasa disebabkan ianya sembuh melalui proses semulajadi dan of course tidak membahayakan kesihatan sebab takde drugs kan. Walaupun mengambil masa yang lama untuk sembuh namun kesannya juga baik dan tiada kesan sampingan. Saya mungkin akan mempertimbangkan kaedah rawatan ni untuk anak nanti. Tapi tidaklah sampai menidakkan perubatan moden cuma kalau boleh nak kurangkan kebergantungan dengan ubat yang ada drugs ni. Pernah juga baca ubat-ubatan Homeopathy ni dikecualikan daripada pihak berkuasa Kawalan Dadah Kementerian Kesihatan Malaysia kerana kandungannya tidak mengandungi bahan molekul ubat dan tidak mendatangkan kesan sampingan

“Setiap penyakit itu ada ubatnya, jika tepat ubatnya maka penyakit itu akan sembuh dengan izin Allah”
 Macam mana rupa ubat ni?

Rasa ubat ni mcm gula2 so sesuai sgtlah dengan budak2.


Apa pendapat korang pasal Homeopathy ni?

p/s: Kawan pernah bagi tau bila anaknya kena selsema dan ambil ubat biasa, selsema hilang tapi bertukar jadi kahak pulak. Last2 batuk..Tapi bila amalkan kaedah rawatan Homeopathy selsema hilang walaupun ambil masa & yang penting tiada kesan sampingan macam jadi kahak & sebagainya.

No comments:

Post a Comment