Showing posts with label MJ. Show all posts
Showing posts with label MJ. Show all posts

Friday, September 28, 2012

OF HER SOLID FOOD

Salam & happy friday guys!!Friday finally come phewww ;p

Being a working mom semua benda nak cepat & senang [again malas hehe] but hey zaman sekarang semua barang is hi-tech and user friendly so guna jelah..lagi2 kalau murah.akak memang alert dengan benda murah dekk tapi mestilah ada kualiti kan..So apa yang i buat untuk Maya yang lagi berapa hari nak masuk 6 bulan ni is masak BUBUR.

Yup i takde maid so kena buat sendiri..Gigih hokay haha tapi tu bukan alasan untuk tak buat kerja rumah [ayat mintak maid haha] barang apa pulak kau pakai..kau kan dah beli Baby Bullet. Ye ye i dah beli tapi Baby Bullet takleh masak bubur ;p baby Maya punya perut, perut Melayu dekk nak la merasa nasi jugak..Mak paknya makan nasi anak makan puree je.Sedih!

I finally bought this

Slow cooker :)

Macam mana masak dia nih?
I found out ada 2 cara nak masak bubur guna slow cooker. 1st masak beras baru blend & 2nd is blend beras dulu baru masak. Which ever pon sama tapi rasanya the 2nd lagi senang & praktikal sebab beras yang dah diblend boleh simpan dalam airtight container. Nak masak cedok je dalam sesudu dua ;p cara konvensional masak bubur air kena banyak pastu api kena jaga takut hangit. The worst part is kena bangun awal. Ha tang bab ni memang tak tahan la tak pasal2 bubur tak masak rumah terbakar haha

Bila masak?
Malam b4 tidur. Esok pagi dah siap masak panas2 terus masuk dalam food thermos untuk hantar pada BS.

Senangkan? You can count on me bebeh kalau nak kerja yang mudah lagi menyeronokkan haha banyakkan membaca & google everything pasal solid food insyaallah ada jalan..cewahh

Terbaru i beli buku Wardina. Banyak info/panduan & resepi untuk newly mom macam i ni. Online MPH sudah [15% online purchase]

RM19.90 je

p/s: Nak tambah sayur kena kukus/rebus then blend letak dalam container-freeze. Masa bubur panas2 campak je sayur tu dalam bubur ;p

Monday, September 24, 2012

BABY BULLET

Oh sudah lama rasa tak meng'update' blog..semenjak dua menjak kesihatan tak memberansangkan lalu mood nk berblog agak kureng jugak.

Ok berbalik pada tajuk entry, if korang ada tgk2 kat FB i, i tengah mencari barang/tools yang SENANG (senang ke malas?;p) untuk dibuat solid food untuk my baby. Maya is 5mth + and yes im currently giving her 1st solid food but not solid sangatlah mild je gitu untuk dia rasa makanan yang lain. So far i bagi fruits je & she likes it!! First barang yang disurvey adalah..

PHILIPS AVENT STEAMER & BLENDER

Tak diragui memang senang kerja kau Jah tapi adakah mengeluarkan duit poket jugak sesenang steamer & blender ni?hmm the best price so far i could get is RM330.Kat mana?? KAT SINI but still..sayang nya duit. Nak yang senang memang mahal la kak. Bare with it lah! Baik akak beli SKII je dekk non tambah duit sikit dapat 1 treatment essence hahah wahh ko!

Ni namanya gigih-nak-anak-rasa-air-tangan-ibu-dari-makan-nestum-dalam-tin. So cari punya cari i terbump dengan ini barang. Terus akakk tak fikir panjang. Jatuh cinta!



BABY BULLET FOOD BLENDER SET
Harga : RM138

I beli kat MilkADeal. Katanya if retail price RM369 ntah ye ke tidak tapi tak kisah lah sebab rasa barang ni berguna sangat siap ada tempat storage yang ala-ala BEABA tu (storage BEABA tu je dah dekat seratus) double suka!! Cara guna barang ni uoll boleh google & tengok je kat Youtube tu..Price pun mampu milik lagi..So kita tunggu lah barang sampai nanti huuu tak sabaq dah ni :)

Tetap posing skit..


Ok bye!!

Wednesday, July 25, 2012

HOMEOPATHY VS PERUBATAN MODEN

Sebelum tu nak bagi tau saya bukanlah seorang doktor yang bertauliah untuk cakap pasal benda ni. Ianya hanyalah berdasarkan pendapat peribadi seorang pesakit yang bila sakit akan pergi klinik untuk cari ubat ;p

Pernah dengar Homeopathy? Saya pernah dengar tapi tak pernah nak ambil tau sampailah bila dah jadi ibu..Kenapa? My lil Maya pernah kena selsema dan batuk @ 2 mth..so bila pergi klinik ada satu perasaan yang tak bes sebab rasa ubat2 tu kurang baik untuk dia- meaning seolah2 dia akan consume drugs tapi bukan saya taknak dia sembuh ye.. Sampai saya jumpa kaedah rawatan alternatif iaitu Homeopathy. Apa yang saya faham pasal Homeopathy ni ialah prinsip penyembuhan semula jadi (natural way of healing) dan ubat2 yang digunakan adalah semulajadi- no drugs; contoh madu, habbatus sawda dan pelbagai lagi.. Tapi pada saya kaedah ni sesuai untuk penyakit2 rutin yang biasa kita dapat seperti demam, selsema, batuk dll.

Ramai yang cakap proses penyembuhan menggunakan kaedah Homeopathy ni lambat dari ubatan biasa disebabkan ianya sembuh melalui proses semulajadi dan of course tidak membahayakan kesihatan sebab takde drugs kan. Walaupun mengambil masa yang lama untuk sembuh namun kesannya juga baik dan tiada kesan sampingan. Saya mungkin akan mempertimbangkan kaedah rawatan ni untuk anak nanti. Tapi tidaklah sampai menidakkan perubatan moden cuma kalau boleh nak kurangkan kebergantungan dengan ubat yang ada drugs ni. Pernah juga baca ubat-ubatan Homeopathy ni dikecualikan daripada pihak berkuasa Kawalan Dadah Kementerian Kesihatan Malaysia kerana kandungannya tidak mengandungi bahan molekul ubat dan tidak mendatangkan kesan sampingan

“Setiap penyakit itu ada ubatnya, jika tepat ubatnya maka penyakit itu akan sembuh dengan izin Allah”
 Macam mana rupa ubat ni?

Rasa ubat ni mcm gula2 so sesuai sgtlah dengan budak2.


Apa pendapat korang pasal Homeopathy ni?

p/s: Kawan pernah bagi tau bila anaknya kena selsema dan ambil ubat biasa, selsema hilang tapi bertukar jadi kahak pulak. Last2 batuk..Tapi bila amalkan kaedah rawatan Homeopathy selsema hilang walaupun ambil masa & yang penting tiada kesan sampingan macam jadi kahak & sebagainya.