Wednesday, July 25, 2012

HOMEOPATHY VS PERUBATAN MODEN

Sebelum tu nak bagi tau saya bukanlah seorang doktor yang bertauliah untuk cakap pasal benda ni. Ianya hanyalah berdasarkan pendapat peribadi seorang pesakit yang bila sakit akan pergi klinik untuk cari ubat ;p

Pernah dengar Homeopathy? Saya pernah dengar tapi tak pernah nak ambil tau sampailah bila dah jadi ibu..Kenapa? My lil Maya pernah kena selsema dan batuk @ 2 mth..so bila pergi klinik ada satu perasaan yang tak bes sebab rasa ubat2 tu kurang baik untuk dia- meaning seolah2 dia akan consume drugs tapi bukan saya taknak dia sembuh ye.. Sampai saya jumpa kaedah rawatan alternatif iaitu Homeopathy. Apa yang saya faham pasal Homeopathy ni ialah prinsip penyembuhan semula jadi (natural way of healing) dan ubat2 yang digunakan adalah semulajadi- no drugs; contoh madu, habbatus sawda dan pelbagai lagi.. Tapi pada saya kaedah ni sesuai untuk penyakit2 rutin yang biasa kita dapat seperti demam, selsema, batuk dll.

Ramai yang cakap proses penyembuhan menggunakan kaedah Homeopathy ni lambat dari ubatan biasa disebabkan ianya sembuh melalui proses semulajadi dan of course tidak membahayakan kesihatan sebab takde drugs kan. Walaupun mengambil masa yang lama untuk sembuh namun kesannya juga baik dan tiada kesan sampingan. Saya mungkin akan mempertimbangkan kaedah rawatan ni untuk anak nanti. Tapi tidaklah sampai menidakkan perubatan moden cuma kalau boleh nak kurangkan kebergantungan dengan ubat yang ada drugs ni. Pernah juga baca ubat-ubatan Homeopathy ni dikecualikan daripada pihak berkuasa Kawalan Dadah Kementerian Kesihatan Malaysia kerana kandungannya tidak mengandungi bahan molekul ubat dan tidak mendatangkan kesan sampingan

“Setiap penyakit itu ada ubatnya, jika tepat ubatnya maka penyakit itu akan sembuh dengan izin Allah”
 Macam mana rupa ubat ni?

Rasa ubat ni mcm gula2 so sesuai sgtlah dengan budak2.


Apa pendapat korang pasal Homeopathy ni?

p/s: Kawan pernah bagi tau bila anaknya kena selsema dan ambil ubat biasa, selsema hilang tapi bertukar jadi kahak pulak. Last2 batuk..Tapi bila amalkan kaedah rawatan Homeopathy selsema hilang walaupun ambil masa & yang penting tiada kesan sampingan macam jadi kahak & sebagainya.

Monday, July 23, 2012

LEPAS RIZALMAN, RADZUAN RADZIWILL PULAK

Hah lepas Rizalman collaborate dengan Tesco, Jovian pulak dengan First lady..Tak habis dengan tu ada sorang lagi designer akan collaborate for this upcoming raya. Radzuan Radziwill..kat mana??Website yang selalu saya shopping like everyweek!!LOL~


 Bila?? On the 24th July..Esoklah fuhh dah tak sabar nak tunggu midnight hehe

Tapi design dia byk ala2 kaftan but we shall see ok?Hopefully ada yang menarik untuk digrab hehe sneak peek sikit..

Pic credit Poplook

Sunday, July 22, 2012

FEATURED IN UTUSAN

Hari ni dah Ahad..kalau korang sempat bukak Utusan hari Jumaat (20 Julai) boleh la jenguk iklan Annisue kat situ. Pada yang tak tau apa produk Annisue ni- Skincare terbaru since Oktober 2011 so agak baru lagi dlm market..As far as i concern produk ni dah buat kulit muka saya ok, sape yg jmpa saya hari2 tau la hehe

Yang baru nak cuba produk ni saya syorkan cuba set permulaan dulu berharga RM69.90 (Cleanser, Toner, Moisturiser & Oxygenating Cream) sesuai untuk combination skin tak kira oily or dry. Nak hilangkan jerawat pun boleh..InsyaAllah.


Starter Pack RM69.90


Akhir sekali terimalah..


Maya @ 3mth 16 days :)

Thursday, July 19, 2012

20 BY RIZALMAN

Raya dah nak dekat baju pun belum beli lg kalau nak tempah skrng dah tak sempat. Nak2 pulak balik2 baju kurung pahang ready-made..Saya dah bosan dengan design yg sama asyik itu je every year ;p

Dah lama sebenarnya berhajat nak pakai baju designer tapi memang tak mampu lah. Jadi bila dengar je Rizalman collaborate dengan Tesco untuk keluarkan collection baju raya wahhh excited makk!!hehe tak sabar nak dapatkan 1 collection from him so off we go to Tesco.


Bila pergi nasib baik design yang saya nak ada & a few design left yang lain dah sold out. Fuhh lega disitu..So sempat grab 1 baju kurung yang dah saya aim. Ohh price range from RM180-RM250 so for me quite reasonable untuk dapatkan 1 collection from a designer. Rizalman pun selalu buat baju yang cantik2 kan?Pada yang nak tau kenapa 20?Ianya sempena 20 tahun Rizalman berkecimpung dalam dunia fesyen & his collection dijual di 20 cawangan Tesco for limited time only.

Pilihan saya?

Love the lace!!



Korang tunggu apa lagi cepat2 dapatkan collection raya by Rizalman.

Q: Tapi saya minat Jovian jugak. Jovian takde jual macam ni ke?
A: Ada :) online lagi uolls..Bole pergi ZALORA untuk beli..Tapi harga agak melets skit la hehe

Pic credit ZALORA

p/s: Saya beli di Tesco Nilai. Salesgirl ckp di Shah Alam & Kajang pun dtg beli di Nilai sebab kat sana dah sold out

Wednesday, July 18, 2012

WORDLESS WEDNESDAY #2


PENTING KE PAKAI TONER?

Soalan ni selalu jugak bermain-main di kepala bila mana kita nak beli sesuatu produk kecantikan. Kalau dah beli pencuci muka cukup lah buat apa nak pakai toner, moisturizer lagi kan..Nak-nak kalau muka kita tu takde cacat celanya takut pulak kalau memandai pakai barang itu ini tak pasal-pasal muka yang elok terus naik yang bukan-bukan.

Dulu, masa study sampai lah dah kahwin saya memang tak pernah ambil pusing pun pasal kepentingan pakai toner ni. Bagi saya cukuplah kalau muka kita tak berjerawat dan tak sakit mata memandang. Untuk pengetahuan kulit muka saya jenis yang berminyak. So kalau sekali sekala ada jerawat yang datang singgah saya tak hirau sgt. Esok lusa kecutlah dia..

Tapi bila usia semakin meningkat saya sedar yang rutin penjagaan muka saya perlu diubah. Sebab?? Pada saya kita banyak terdedah kepada persekitaran yang agak kurang sihat maksudnya habuk, udara pun dah tak fresh macam dulu-dulu, asap kenderaan & seumpamanya. Kulit yang dulu rasa macam ok dah jadi tak ok (kusam). Paling ketara liang pori kulit muka semakin membesar dengan jayanya..Benda ni sedikit sebanyak buat saya down & tak berapa konfiden nak berdepan dengan orang.

Jadi 1st step rutin yang saya ubah ialah pakai toner. Ya..Rupanya penting pakai toner ni hehe maklumlah dulu tak pernah ambil tahu pun pasal bab-bab skincare ni. Tambah-tambah untuk kulit berminyak macam saya; sangat digalakkan pakai toner untuk kecilkan liang pori & at the same time merawat kulit kusam. Banyak produk toner yang ada di pasaran tapi mcm mana kita nak tahu yang ianya sesuai dengan kita? Saya boleh conclude:

  1. Warna toner tu mesti jernih. Kalau letak atas facial cotton & nampak ada warna selain warna transparent maknanya kandungannya ada bahan kimia yang mungkin bahaya pada kulit. Selalunya yang akan buat kulit mengelupaslah.
Saya pakai
ANNISUE Stem Cell Facial Toner

Terpulang lah pada korang nak beli toner brand apa pun tapi mesti check dulu kandungannya. Benda-benda yang nak letak kat muka ni mestilah kena particular sikit dan yang penting selamat & halal ;)

Macam biasa lah camwhoring ;p


Tuesday, July 17, 2012

A CONFESSION..

Salam readers,

Sebelum ni saya tak pernah kisah nak berblog & selalu blogwalking je but now am starting blogging ;)
Owh btw saya baru lepas confinement & back to the office.Working..haihh will miss my lil chubby daughter Maya Jasmyn currently at 3 mth. Will upload her pics later.

But ada story yg nak share with u guys..hehe

I've never realize that by wearing a corset -u-know-which-corset-im-talking-about during my confinement will make my weight back to normal..ini bukan nak promosi corset itu yerr..until ramai yang tegur saya dah tak gemuk macam masa pregnant dulu..tak percaya?

Mac 2012

Now

Kalau dulu pakai sebab nk badan ada shape & nak kahwin kan, sekarang baru percaya yang bila saya pakai corset ni sebenarnya dapat membantu kurangkan berat badan & get my shape back. Ohh saya c-sect pulak..which lagi lah susah nak turunkan berat..but now im quiet satisfied dengan outcome nya :)


LIVE LIFE TO THE FULLEST ;p


p/s: My friend Jaja ada jual corset ni uoll boleh contact dia for details. Lupa, ive been using the corset for almost 2 years hehe

Monday, July 9, 2012

BERDAFTAR DAN SELAMAT

CLICK TO ENLARGE

Selamat ke produk ANNISUE ni?
Jangan risau kerana produk ANNISUE telah berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan telah mendapat kelulusan daripada Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaaan (BPFK). Boleh pergi ke laman web BPFK untuk check maklumat lanjut. So pasni dah tak payah fikir & tertanya-tanya sama ada produk ni selamat ke tak  :)



p/s: Boleh check produk lain jugak ;p

Sunday, July 8, 2012

KULIT MUKA BURN!!

Kulit muka burn dan rasa panas je bila berjemur tambah2 cuaca sekarang yang memang sedia maklum panas. Kalau di ofis sejuk je rasa bila keluar mak aii panas nye & kulit muka pon start la merah2 dan menimbulkan rasa tak syok.

Pernah tak antara kita yang rasa macam tu?

Lepas tu kita pun akan cari produk kecantikan yang boleh sejukkan balik muka kita & at the same time boleh hilangkan jerawat. Yelah, dah la muka tu panas plus ada jerawat pulak..Dan kebanyakan produk di luar sana memberi kesan pengelupasan which is BIG NO NO to me!! Bahaya okeh!

So my no 1 pencarian produk kecantikan mestilah takde bahan kimia terlarang & berbahaya kepada kita & beri kesan sejuk kat muka. Feeling2 dok kat negara sejuk gitu..I found out that produk ANNISUE boleh beri apa yang diperlukan oleh kulit muka. Tiada pengelupasan dan memperbaharui sel-sel kulit mati sebab dalam produk ni ada collagen. Double suka!! Sebab usia kita semakin meningkat dan kulit pun semakin berkedut. Collagen ni penting untuk memperbaharui sel-sel kulit mati dan meningkatkan keanjalan kulit; so kulit muka kita jadi moist je tak berminyak dan tak kering.

Stem Cell Collagen Moisturizer ANNISUE ni antara hot stuff dan ramai yang suka dengan teksturnya


Apa yang special nya Moisturizer ni?
  1. Kandungannya ada Aloe Vera dan Cucumber. Kita tahu kan kedua2 bahan ni merupakan agen penyejuk untuk kulit muka. And of course ada stem cell collagen..Menyerap terus ke dalam kulit dan buat muka kita rasa sejuk je.
  2. Tak melekit. Kebanyakan produk moisturizer kat luar byk yang color putih macam ni

Dan pengalaman saya menggunakan moisturizer macam ni buat muka lagi berminyak dan melekit je rasa. Bila panas lagi la berminyak2 muka..Tapi Moisturizer ANNISUE bentuk gel dan tak berminyak. Ramai pengguna ANNISUE yang berpuas hati lepas menggunakannya & im one of their happy customer :)


Bila muka dah sejuk, jerawat pun tak menyerang :)


HAVE A GOOD DAY PEEPS!

Tuesday, July 3, 2012

STEM CELL COLLAGEN ESSENCE

What are stem cells?

  • Merupakan sel induk yang mampu differentiate untuk jadi sel lain dan mampu berkembang menjadi berbagai jenis sel, contoh; sel saraf, sel kulit etc.
  • Mampu self-regenerate/ self-renew dan berpotensi untuk merawat pelbagai penyakit termasuklah kulit.
  • Stem cells are capable of dividing and renewing themselves for long periods. Unlike muscle cells, blood cells, or nerve cells—which do not normally replicate themselves—stem cells may replicate many times.


 Why are they important?
  • Merangsang sel-sel kulit untuk menghasilkan protein, karbohidrat dan lipid bagi mengurangkan garis-garis halus dan kedutan disamping mengembali dan mengekalkan keanjalan dan ketegangan kulit dan juga pembahagiannya dapat menghasilkan sel-sel kulit yang sihat.

Collagen
  • Collagen is a protein that keeps the skin firm and toned. When we age, our cells produce lower levels of collagen while at the same time the rate of collagen breakdown is increased. The net effect, less collagen and more wrinkles.
  • Lifestyle factors accelerate the natural aging process. Exposure to the sun, environmental pollutants, tobacco smoke, and alcohol contribute to the formation of free radicals. Free radicals are compounds that damage skin cells.
  • Moreover, collagen has long been used in cosmetic procedures to combat signs of aging

So, this is how ANNISUE Stem Cell Collagen works :)
  • Memberi kelembapan maksimum dan meningkatkan elastisiti kulit
  • Menganjal,menghaluskan kulit
  • Menyerikan wajah kusam
  • Mengawal keseimbangan pH pada kulit
  • Meremajakan kulit wajah
  • Menjadikan wajah lebih licin

Macam mana nak pakai?
  • Sapu je kat seluruh muka
  • Pemakaian pada waktu malam amat digalakkan dan dibiarkan semalaman
  • Boleh ke pakai waktu siang? Boleh...sapu seluruh wajah selepas pakai Toner, then baru apply  Moisturizer. 
  • Kesan lepas pakai Essence ni sangatlah superb. Make up tahan lebih lama & bagi muka yang berminyak, amatlah disyorkan memakainya. No more blotter paper lah pasni..

        CLEANSER > TONER > COLLAGEN ESSENCE > MOISTURIZER > MAKE UP


Price: RM 128 / 8 botol 4ml

* Pada yang nak try dulu, i do sell per bottle. RM 18 sahaja 
* 1 botol tahan seminggu kalau pandai jimat boleh tahan seminggu lebih